Sabtu, 23 Januari 2021

Lenguh-lenguh Kaki Hilang dengan Sapuan Minyak Herba Asmak

 Malam tadi entah tak tahu kenapa kaki tiba-tiba rasa tak sedap. Mungkin sebab salah makan tapi sebelum ni elok je kalau makan apa-apa pun. 



Semalam paksa juga lah mata untuk lelap walaupun sebenarnya tengah menahan sakit. Nak minta tolong suami urutkan tapi tak sampai hati pula nak kacau dia tidur. Sambil cuba-cuba nak lelap sambil merengek sebab dah tak tertahan sangat sakit kaki dan tak selesa nak tidur. Akhirnya suami tersedar dek kerana terdengar bunyi kita merengek. 



Dia bangun dia tanya, kenapa sayang? Kita pun bagitahu la tak boleh nak tidur sebab sakit kaki rasa lenguh-lenguh. Pastu terus suami capai Minyak Herba Asmak untuk disapukan pada bahagian kaki yang lenguh dan tak selesa tu. Suami picit sambil selawat. Tak lama lepas tu sedar-sedar tengok jam rupanya dah 6.15 pagi. Alhamdulillah lepas bangun dari tidur kaki dah tak rasa sakit, boleh gerak dan berjalan macam biasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Minyak Herba Asmak ni minyak ape?

 Minyak Herba Asmak ni minyak apa? Ha bagi yang belum tahu tu, Minyak Herba Asmak ni ada nama manja taw. Kalau anda pengguna setia mesti and...