Jumaat, 11 September 2020

Mama sakit ker?

 MINYAK UNTUK SEISI KELUARGA. 

.

Makanan apa lah yang buat sakit sangat perut ni. Kata nak ke tandas bukan, silap makan ke makan banyak sangat entah lah. Boleh pulak masa-masa macam ni minyak cap kapak tu habis pulak .. Masa nak guna lahh takde . Aduhhh , sakit betul masalahnya ni. Nak keluar drive cari ubat pun memang betul-betul tak larat ni. Suami pulak outstation. Macam mana ni .. 


“Mama kenapa ? mama sakit ke ?” Anak kecilku yang berumur 4 tahun bertanya dengan muka seposen. “Siapa nak masak untuk abang kalau mama sakit? Macam mana adik nak menyusu?” Bijak betul si kecil ni bercakap. Tercuit hatiku. 

.

“Mama okay je sayang, bagi mama baring jap ya.. Perut mama ni sakit. Nanti mama masak kan abang ayam goreng nak ?” 

.

Tiba-tiba dia keluar dia berlalu pergi dari kamarku. Baru nak lelapkan mata aku rasa ada tangan kecil yang menggoncang badanku. “Nah minyak hitam.” Anak sulungku itu menghulurkan Minyak Herba Asmak yang aku gunakan untuk bayi ku yang berumur 12 bulan. “Ini minyak adik la sayang, mama mana boleh pakai.” 

.

“Mama cakap mama sapu sebab takut perut adik masuk angin, nanti adik sakit dia nangis. Abang nampak mama nangis tadi, mama pun kena lah sapu minyak ni.” Aduhhhh ! Ni nak nangis lagi ke nak ketawa ni. Kelakar la pulak si abang ni. Risau betul dia tengok mama sakit. Aku pun ambil minyak hitam tersebut dan mula menyapu di sekitar perutku dan belakang badan. Aku oleskan juga sikit di tengkuk kerana rasa mual-mual yang hadir. Si abang pun tolong sapu jugak. “Mama tak payah masak la, kita order delivery pizza boleh ? Heheh”. Tergelak kecil aku, Nak membodek rupanya budak ni. 

.

Yang membuat aku rasa teruja, lewat petang itu perut ku dah tak meragam lagi. Lepas sapu Minyak Herba Asmak pun rasa selesa je. Baunya pun menyenangkan. Bau herba. Selama ni tak pernah pulak pakai untuk kegunaan sendiri. Cuma guna untuk bayi ku sahaja. Lepas kejadian itu, Minyak Herba Asmak ni dah jadi kegunaan seisi rumah. Suami pun terjebak pakai. Luka, sakit kepala, lenguh-lenguh semua kami bedal. Jangan diminum je .. Alhamdulillah, setakat ni memang terbaik. Sentiasa lega lepas guna. Bergantung kepada tahap kesakitan tu laa. Kalau dah berat sangat sakit tu pergi lah klinik jumpa yang lebih pakar. Memang sentiasa prepare minyak ni dirumah dan dalam kereta. Terima kasih Minyak Herba Asmak.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Minyak Herba Asmak ni minyak ape?

 Minyak Herba Asmak ni minyak apa? Ha bagi yang belum tahu tu, Minyak Herba Asmak ni ada nama manja taw. Kalau anda pengguna setia mesti and...