Jumaat, 25 September 2020

Madu Beri Tenaga Tambahan

 BERTENAGA SETIAP HARI DENGAN SESUDU MADU


Eh betul ker madu ni memberi tenaga?Bukan manis ke?Kalau ada kencing manis macam mana, boleh makan ker? Ha ni lah persoalan yang akan timbul untuk sesiapa yang baru nak mencuba madu sebagai amalan harian.


Meh akak nak cerita sikit. Sejak akhir-akhir ni, akak selalu mengadu letih dan tak cukup tidur kat suami akak. Sebabnya baby yang kecil dah mula susu botol. Jangan Tanya kenapa tak BF ya. Akak berhenti BF pun atas arahan doktor. So berbalik kepada cerita tadi,baby akak ni dia akan kerap bangun waktu malam untuk menyusu dari pukul 11 malam sampai lah 5 pagi. Kekerapan jaga untuk menyusu adalah setiap 2 jam.


Bayangkanlah baru rasa nak lena, tetiba Baby jaga nak susu. Menyusu plak kita tak boleh terlena. Nanti bahaya pada baby. Pahamkan😊Waktu pagi hingga ke petang plak, akak urus 3 beradik. Hantar ambik sekolah, hantar ambik ngaji, ajar Dan pantau buat kerja sekolah sambil urus si kecil akak ni. Tu belum lagi bisnes online akak, packing, post dan cod. Allahu memang akak pun tak tahu bila time rest.


Ntah kenapa akak terfikir kenapa lah tak makan madu. Madu kan banyak khasiat. TAPI kali ni akak Cuba makan MADU KURMA MERAH. Suami akak pun makan jugak. Akak ambik sesudu pagi Dan sesudu malam. Hari pertama, akak tak rasa pape lagi. Bila hari kedua, akak rasa badan fresh sangat. Kalau dulu nak bangun pukul 6 pagi pun rasa tak larat. Sekarang pukul 5.30 pagi dah bangun dn siapkan anak.


Bukan tu sahaja perut kita pun rasa SELESA sebab lawas sedia. Kalau kencing manis pun tak de masalah nak makan. Cukup sekadar sesudu sehari. Anak-anak akak plak, akak dah ajar makan madu asli seawal umur 2 tahun. Inshaallah madu membantu mereka sebagai antibiotik. Selsema Dan batuk pun payah nak hinggap kan.


Jom lah Cuba madu. Akak boleh cakap tak rugi pun belajar makan madu ni. Jangan tengok pada harga yang mahal tapi tengok pada manfaat yang akan dapat. Betul tak?



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Minyak Herba Asmak ni minyak ape?

 Minyak Herba Asmak ni minyak apa? Ha bagi yang belum tahu tu, Minyak Herba Asmak ni ada nama manja taw. Kalau anda pengguna setia mesti and...