Isnin, 31 Ogos 2020

Selesema

 Selesema 


Selesema adalah satu jangkitan pada hidung dan tekak. Biasanya disebabkan oleh virus. Ia adalah satu penyakit yang sering menyerang kanak-kanak terutamanya yang berusia sehingga 2 tahun. Hampir semua kanak-kanak mendapat banyak kali selesema dalam setahun. Dan kadar ini akan lebih lagi berlaku kepada mereka yang tinggal di rumah asuhan kanak-kanak, rumah kebaikan dan sekolah. 


Tanda dan Simptom Selesema 


Simptom Biasa

Batuk. 

Demam. 

Sakit tekak. 

Sukar bernafas. 

Hidung tersumbat dan akan semakin teruk dan berkahak

Akan bernafas melalui mulut kerana hidung tersumbat. 


Simptom Lain

Bersin

Keletihan

Sakit kepala 

Hilang selera makan

Muntah dan cirit-birit 


Bagaimana selesema boleh membawa kepada Komplikasi yang lebih serius? 


Ia mungkin akan menyebabkan berlaku jangkitan kepada bahagian telinga tengah atau menyebabkan cecair terkumpul di bahagian ini. 


Bagaimana Selesema Boleh Dirawat? 

Selesema tidak boleh dicegah tetapi ada cara bagaimana untuk mengurangkan jangkitan :


Jangan terlalu dekat dengan orang yang dijangkiti. 

Basuh tangan sebelum makan dan selepas menyentuh hidung. 

Gunakan tuala tangan pakai buang menggantikan sapu tangan. 

Ajar anak-anak supaya menutupi hidung dan mulut apabila batu atau bersin dan basuh tangan serta-merta . 

Jika seseorang mendapat selesema, mereka hendaklahmenjauhi pusat jagaan kanak-kanak dan sekolah. 

Makan makanan berkhasiat dan amalkan gaya hidup sihat. 


Info daripada Myhealth.gov.my




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Minyak Herba Asmak ni minyak ape?

 Minyak Herba Asmak ni minyak apa? Ha bagi yang belum tahu tu, Minyak Herba Asmak ni ada nama manja taw. Kalau anda pengguna setia mesti and...