Ahad, 10 Mei 2020

3 amalan mudah yang boleh lakukan di akhir Ramadan.

1. Tingkatkan Kualiti Bacaan Al-Quran
Rasulullah bersabda:
“Barangsiapa yang baca satu huruf dari Al Quran maka baginya satu kebaikan dengan bacaan tersebut, satu kebaikan akan digandakan 10 kebaikan dan aku tidak mengatakan الم satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu huruf.”
- HR. Tirmidzi

"Malah bagi mereka yang masih merangkak, tersangkut atau gagap ketika membaca Al Quran, Allah akan kurniakan baginya dua pahala."
- Riwayat Muslim

Maka, ambillah kesempatan ini untuk membaca dan memperbaiki bacaan.

2. Banyakkan Beristighfar
“ALLAH lebih gembira untuk menerima taubat hambaNYA, melebihi dari kegembiraan seseorang di antara kamu sekalian yang menemui kembali untanya yang telah hilang di tengah-tengah padang gurun.”
- HR Al-Bukhari & Muslim
Inilah waktu yang paling sesuai untuk bertaubat dan pohon dihapuskan segala dosa - dosa lalu.

3. Banyakkan Bersedekah
“Rasulullah adalah orang yang paling dermawan. Dan beliau lebih dermawan lagi di bulan Ramadhan saat beliau bertemu Jibril Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan Al Qur’an. Dan kedermawanan Rasulullah melebihi angin yang berhembus.”
- HR. Bukhari, no.6
Melalui Ibnu Hajar Al Asqalani dalam Fathul Baari.
Beliau mengibaratkan Rasulullah sangat ringan dan cepat dalam memberi, tanpa banyak berpikir, sebagaimana angin yang berhembus cepat.

Salam Nuzul Quran Al Kareem
Salam Ramadhan ke 17
10 Mei 2020


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Minyak Herba Asmak ni minyak ape?

 Minyak Herba Asmak ni minyak apa? Ha bagi yang belum tahu tu, Minyak Herba Asmak ni ada nama manja taw. Kalau anda pengguna setia mesti and...