Tips makan iron (zat besi) supplement secara berkesan. Ramai yang makan iron, tapi Hb (haemoglobin) tak naik. π€π€
.
1. JANGAN ambil iron bersama KALSIUM atau makanan tinggi kalsium seperti SUSU ‼️
.
Pengambilan iron bersama dengan susu akan menyebabkan kadar penyerapan iron sangat rendah. Akhirnya, iron akan dibuang melalui najis kerana tidak diserap dengan sepenuhnya.
.
2. JANGAN ambil iron bersama CAFFEINE ‼️
.
Caffeine menghalang penyerapan iron, sama seperti kalsium. Oleh itu, elakkan minum teh atau kopi dalam 30 - 45 minit selepas makan iron supplement.
.
3. ELAKKAN makan bersama ubatan yang MENGURANGKAN ASID PERUT ‼️
.
Ubatan seperti antacid yang mengurangkan asid perut, akan mengganggu penyerapan iron. Cuba elakkan untuk diambil bersama.
.
4. Sebaiknya makan ketika PERUT KOSONG.
.
Waktu pengambilan yang terbaik adalah semasa perut kosong. Waktu yang dicadangkan adalah 1 jam sebelum makan atau 2 jam selepas makan. Namun, ada sesetengah orang yang mengalami kekejangan perut, loya dan cirit-birit. Bagi mengelakkan ini berlaku, anda digalakkan untuk makan iron supplement dengan sedikit makanan.
.
5. Makan bersama VITAMIN C
.
Vitamin C membantu penyerapan iron. Boleh makan iron bersama jus oren segar atau makan bersama supplement vitamin C.
.
Sumber: Farmasi Gpharmax Durian Burung
Khamis, 26 Disember 2019
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Minyak Herba Asmak ni minyak ape?
Minyak Herba Asmak ni minyak apa? Ha bagi yang belum tahu tu, Minyak Herba Asmak ni ada nama manja taw. Kalau anda pengguna setia mesti and...
-
JARI TERKENA KACA TINGKAP. Biasa tarik cermin tu tak ada apa2 tiba-tiba hari selasa aritu konon nak buka besar cermin daput sekali praaap!...
-
π KHASIAT KURMA MERAH π . . Kurma Merah mampu merangsang pengeluaran sel darah putih, serta meningkatkan imun badan, dan mengurangkan p...
-
6 Fakta Tentang Bercuti Yang Pasangan Kita Wajib Tahu 1. Kajian daripada American Psychological Association merumuskan bahawa bercuti ni m...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan