Selasa, 17 Disember 2019

AMAL MADU UNTUK LEBIH SIHAT DAN BERTENAGA

Saya bukan ustaz. Saya tidak ada ilmu yang luas.

Namun begitu saya banyak membaca dan menghadiri kuliah agama di masjid atau mana-mana seminar.

Kebelakangan ini, apa yang menarik minat saya adalah ayat-ayat al Quran yang berkaitan dengan pemakanan dan perubatan yang selalu disebut oleh penceramah.

Saya percaya jika kita mengambil pelajaran tentang apa yang disebut dalam al Quran, kehidupan kita akan menjadi lebih sihat dan lebih barakah.

Apa yang penting, pengamalan cara pemakanan yang ditunjukkan oleh Nabi kita, kita amalkan untuk mendekatkan diri kita kepada NYA.

Salah satu amalan yang perlu kita tambahkan dalam pemakanan kita adalah madu.

Manfaat dari madu ini sudah dirangkum dengan jelas dalam surat an-Nahl ayat 69 yang berbunyi :

ثُمَّ كُلِي مِن كُلِّ الثَّمَرَاتِ فَاسۡلُكِي سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلاً يَخۡرُجُ مِن بُطُونِهَا شَرَابٌ مُّخۡتَلِفٌ أَلۡوَانُهُ فِيهِ شِفَاء لِلنَّاسِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَةً لِّقَوۡمٍ يَتَفَكَّرُونَ (69

Yang artinya : “kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia.

Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.”

Dalam kajian sains, terdapat sekurang-kurangnya 7 khasiat madu.

1. Pencegahan Penyakit Berbahaya

Tidak ada penyakit yang tidak ada ubatnya bukan? Madu ini boleh menjadi ubat kepada pelbagai penyakit berbahaya. 

Ramai yang mengambil madu dengan cara yang salah sehingga menyebabkan pengambilan madu tidak menjadikannya sebagai ubat, tetapi menjadi racun dalam hidup mereka. Mereka mengambil madu, tetapi tidak menghindarkan diri dari makanan yang tidak bernutrisi. Madu yang bersifat ubat tetapi tidak berkesan sbg ubat jika kita masih lagi mengambil 'racun' (makanan tidak berkhasiat). Ambil madu sebagai ubat dan hindari '3 Putih' (Gula putih, tepung putih dan beras putih).

2. Mengatasi Gangguan Penghadaman

Kajian terbaru menunjukkan bahawa pengamalan madu secara berterusan dapat meningkatkan bakteria baik dalam usus. Bakteria baik ini akan membantu kita menyerap nutrien dengan lebih baik dan menghalang penyerapan toksin dari makanan yang kita makan. Tanpa bakteria yang baik, kita mudah mengalami penyakit yang berkaitan usus dan merendahkan sistem daya tahan kita.

3. Sebagai Anti-bakteria

Madu bersifat antibakteri kerana madu lebah mempunyai enzim yang menghasilkan sebatian hidrogen peroksida yang membunuh kebanyakan bakteria. Dalam persekitaran kita terdapat jutaan bakteria. Apabila kita makan, sebahagian bakteria ini mungkin masuk ke dalam tubuh. Bakteria ini juga masuk ke tubuh melalui pernafasan dan kulit. Sistem daya tahan dan nutrien yang kita makan membantu membunuh kuman-kuman berbahaya ini. Pengambilan madu membantu tubuh membunuh sebahagian kuman yang tidak diundang ini.

4. Meningkatkan Stamina

Para Atlet pada zaman dulu di Rom mengamalkan adu bagi meningkatkan tenaga mereka. Dalam kajian moden, madu dibuktikan dapat membekalkan tenaga dengan segera kerana mengandungi gula ringkas glukosa dan beberapa enzim yang meningkat metabolisme.

5. Melegakan Batuk

Madu dapat melegakan batuk jika diambil bersama air suam, atau dicampurkan dengan lemon atau diambil begitu saja.

6. Mengawal Gula Dalam Darah

Meskipun madu mengandungi gula, namun nilai Glycemic Index madu adalah rendah-sederhana. Ini bermakna penyerapan gula ke dalam darah berlaku dengan perlahan. Ini bagus untuk memperlahankan kadar kenaikan gula di dalam darah.


7. Penyembuhan Luka

Menyapu sedikit madu pada luka akibat lecuhan terbakar dapat membantu luka yang kecil sembuh dengan cepat. Ini kerana madu mengeringkan luka dan bersifat antibakteria.

Namun begitu ramai saintis yang mencadangkan madu tidak diberikan pada bayi yang berusia enam bulan ke bawah. Ini kerana dibimbangi madu tercemar dengan kuman clostridium botulinum telah dijumpai dalam sebahagian kecil madu. Hal ini tidak berbahaya bagi orang dewasa dan anak-anak yang lebih tua, namun bayi berusia enam bulan ke bawah, ia mungkin berbahaya kerana mereka memiliki sistem daya tahan yang lebih rendah.

Saya mencadangkan kita memilih dan mengambil madu asli dan berkualiti.

Health dari Dr. Zubaidi








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Minyak Herba Asmak ni minyak ape?

 Minyak Herba Asmak ni minyak apa? Ha bagi yang belum tahu tu, Minyak Herba Asmak ni ada nama manja taw. Kalau anda pengguna setia mesti and...