Isnin, 14 Oktober 2019

Monday Blue's

MONDAY BLUES!

Selalu bila masuk hari isnin mesti ramai yang ada simptom monday blues ni.

Bila datang je monday blues ni, mulalah rasa tak semangat nak kerja, rasa malas dan tiada motivasi.

Bila tiada semangat dan motivasi ni mulalah bertangguh kerja. Kerja dah bertimbun nanti rasa busy je tapi tak siap-siap juga kerja.

Monday blues ni boleh dielak kalau kita ada tabiat dan disiplin yang bagus. Tak perlu nak tunggu motivasi pun boleh buat kerja.

Saya nak share tips untuk elakkan monday blues ni mengganggu kerja anda.

#1. Tidur yang cukup

Pastikan anda dapat tidur yang cukup di malam sebelumnya. Supaya bangun pagi isnin badan rasa bertenaga dan tak lesu.

#2. Plan your day better

Sebelum mula kerja, senaraikan dan susun kerja anda. Mulakan dengan task yang mudah dulu supaya anda dapat momentum untuk teruskan dengan task yang lebih susah.

#3. Plan your week better

Bukan saja anda buat planning untuk sehari. Anda boleh plan kerja anda untuk seminggu supaya kerja minggu ni tak tertangguh dan membebankan anda di minggu depan.

JANGAN BERTANGGUH DI PEMULAAN MINGGU!

Kalau hari isnin lagi kita dah malas bekerja dan mula tangguh kerja, hari-hari yang seterusnya kita akan jadi lebih stress dan terbeban dengan kerja yang bertimbun.



http://brc.my/urus-masa-buang-sikap-bertangguh/

6 ulasan:

Minyak Herba Asmak ni minyak ape?

 Minyak Herba Asmak ni minyak apa? Ha bagi yang belum tahu tu, Minyak Herba Asmak ni ada nama manja taw. Kalau anda pengguna setia mesti and...